yeehaaa

Monday, January 3, 2011

Bukit Kutu


KISAH HUJUNG MINGGU TAHUN BARU
HIKING BUKIT KUTU



Tahun ini 2011
aku telah menetapkan sasaran aktiviti tahunan ku dengan sebaik mungkin, supaya aku kekal aktif dan tidak dibaham penyakit2 di usia muda terutamanya obesiti/ sentral obesiti aka perut boroi. Hahaha

Pada 1 Januari 2011 (Sabtu) aku dan beberapa kawan ku telah membuat keputusan untuk mendaki Bukit Kutu. Ini bukan kali pertama kami ke bukit kutu, malah ini merupakan percubaan kali ke-2 kami setelah gagal mendaki ke puncak bukit kutu yang sebenar pada hujung minggu yang lepas. Percubaan kami yang pertama gagal kerana keadaan trek pendakian ke bukit kutu yang terlalu byk simpang. Dengan marking2 yang mengkonfiuskan dan laluan 4x4 ditambah lagi laluan org2 asli yang mereka buat sangat menyukarkan kami untuk membuat pilihan. Maka kali ke-2 ini kami telah mendapatkan guide kerana ingin memastikan bukit kutu ditawan. Dengan bayaran RM 100, guide itu telah membantu kami memandu arah ke puncak Bukit Kutu. Guide tersebut merupakan penduduk tempatan Kuala Kubu Bharu, bekerja di Jabatan Bomba dan dikenali sebagai Loe (Melayu hokey..!)

Lebih kurang jam 6 pagi aku bertolak dari kediaman ku dan bergerak mengambil rakan2 ku yang lain. Perjalan ke Kuala Kubu Bharu memakan masa selama 2 jam. Untuk ke sana, kami menggunakan Jalan Ipoh- Rawang. Lebih kurang pukul 8 pagi kami tiba di simpang 3 Kg. Napi dan berhenti di sebuah gerai untuk breakfast di sebelah kiri jalan. Kat sini tea o free.  hihi. Selang beberapa minit, lagi anggota kami yang tiba di situ dan breakfast bersama. Perjalanan dari situ ke Pekan Kuala Kubu Bharu tinggal hanya 15-18 km sahaja.

8.30 pagi kami semua beredar dari gerai tersebut dan menuju ke Pekan KKB untuk bertemu dengan guide yang akan membantu kami. Disana masing2 mendapatkan bekalan makanan untuk lunch kat puncak Bukit Kutu.

Kami tiba di entry point bukit kutu pada pukul 9.45 pagi dan bersiap sedia serta mendengar sedikit penerangan dari guide. Kami memulakan pendakian kami pada pukul 10 pagi.

Disini kereta boleh di parking di sebelah kanan jalan berhampiran dengan sungai pertama.

Pada awal trek, terdapat 3 batang sungai yang perlu diseberangi, yang pertama ade jmbatan besi, yang kedua ada jambatan besi yang hmpir roboh dan yang ketiga perlu menyeberangi sungai dengan air paras lutut. Selepas sungai yg ke-3, terdapat simpang yang mengelirukan kami. Dan saya masih ingat di sini lah point yang membawa kami ke puncak bukit lain. Jalan sebenarnye adalah disebelah kiri iaitu perlu seberang satu sungai kecik dan sebelah kanan ats bukit ade satu rumah org asli. Sepanjang perjalanan bermula dari sungai yg ke-3 terdapat 3 lagi small stream yang perlu di lalui. Disini terdapat banyak tanda2 untuk ke puncak. Terdapat juga byk halangan akibat pokok2 yang tumbang mennghalang trek.


(Sungai Ke-3)


"Bungalow Orang Asal" di sebelah kanan selepas Sg. ke-3




Lagi sungai kecik pertama perlu di lalui after Third Big River Crossing



Simpang Y" after 1st small stream


Pepohon buluh (menuju ke puncak)
Terdapat lagi small stream utk di lalui

Sungai cantik selepas sungai kecik ke-2

Third and last small stream to cross

Balak tumbang dipotong

Selepas 30 minit berjalan selepas sungai ke-3, Guide kami tetiba berhenti dan kami semua terpinga2 kerana guide terdiam seketika. Kemudian Guide mengeluarkan 2 biji mercun bola dan mencucuh serta membaling nya. Terkejut dan terdiam semua. Haha.. Kami teruskan perjalanan menuju ke puncak.

Akar- akar yang menutupi trek ke C5

Door to "Narnia"


Pada pukul 12.30 tgh hari kami tiba di C5. C5 ini sgt unik kerana batu yg begitu besar dan mengagumkan. Bentuk batu itu yang melengkung seperti payung menjadikan tempat tersebut terlindung dari cahaya matahari mahupun hujan. Terdapat gua kecil di celahan batu tersebut. Dari situ perjalanan untuk ke puncak Bukit Kutu tingal hanya 1 jam lagi. Kami meneruskan perjalanan dengan trek yang agak mencanak- canak. Haha..




Tempat rehat sementara C5


Lagi Shot di C5

Perjalanan dari C5 ke Puncak Kutu

Akhirnya, pada pukul 2 ptg kami tiba di puncak Bukit Kutu yang ketinggiannye adalah 1100m dan disitu kami perlu mendaki batu2 untuk mendapatkan pemandangan 360 darjah. Sebelum sampai terdapat satu Chimney yang masih berdiri utuh dan terdapat perigi untuk bekalan air kami. Syukur dengan cuaca yang baik, kami dapat melihat pemandangan Empangan Kuala Kubu Bharu, Pekan Kuala Kubu Bharu, dan beberpa puncak lagi termasuk Puncak Genting Highlands dan Gunung Rajah di sebelah timur puncak bukit Kutu. Pemandangan Bukit kutu overall 8/10. Cantik bangat dong!! Haha

Only Chimney left, the mansion was gone

Bukit Kutu aka Gunung Sekutu (1100m)

At The TOP


Setelah bergambar di atas batu kat puncak kami turun untuk ke Banglo tinggalan British yang mengambil masa 10 minit dari situ. Banglo usang itu telah di selaputi pokok2 yg tumbuh meliar dan masih terdapat tangga2 yang utuh untuk di jejaki.

Cebisan Bungalow Tinggal Kenangan

Kami semua beredar dari situ dan kembali ke tempat barang kami di puncak bukit tersebut dan kemaskan barang kami untuk menuruni bukit tersebut. Jam 3 ptg kami bergerak turun dan perjalanan menuruni trek juga mencabar dgn keadaan trek yang licin dan curam. Bagi beginner dinasihatkan untuk memdpatkan tongkat bg mengelakkan tergelincir dan cramp. Kami tiba di entry point pada jam 5.30 ptg. Disitu kami menikmati air sungai dan membersihkan badan.

Keseluruhan,

Tahap Kesukaran: 6/10 (not suitable for beginner and first timer in hiking activity)
View: 8/10 (be careful of strong wind at the top do not stand on the rock)
Last water source: At the Top ( ada perigi tadahan air hujan) Suitable for camping and overnight at the top.


3 comments:

  1. aih tak puas hati plak aku..sbb aku pn 1st attempt dah sesat pegi gunung rajah..(without guide) jgk..xpelah ada masa wajib pergi lagi ni BUKIT KUTU!!

    ReplyDelete
  2. hi..nk tanye..kami(3 or mebbe more) pon nk nek bukit kutu tu by this weeknd (11/2/12)..do u still have the bomba man phone number?..kami x dpt lg nk carik guide nk nek bukit tu..:(
    if still got..can u send me his phone number? tqvm :)

    Mas
    012-3708098.

    ReplyDelete
  3. HeiKakiKu,

    tumpang tanye, bberapa kawan saya tengah plan nak pergi ke bukit kutu juga tapi tak dapat cari number guide. Boleh tak dapatkan number guide kamu? susah nak cari number untuk orang yang boleh guide kami :(....thank you

    ReplyDelete