Sedikit review tentang cerita malaysia.
Sinopsis: Cerita mengisahkan tentang 2 org pemuda yg memiliki kuasa luar biasa. Seorang bernama Haq dan seorg lagi bernama Bad. Bad merupakan anak angkat kepada keluarga Haq. Bapa Bad meninggal dunia ketika dia masih kanak2 dan akibat irihati kpd kuasa dan kemewahan yang dimiliki Haq, Bad telah melarikan diri ke luar negara. Kerana iri hati bad telah menyalahkan bapa Haq yang membunuh bapanye. Untuk menuntut bela dan mendptkan kuasa akhirnya bad pulang ke kampung halaman. Pertarungan berlaku antara Haq dan Bad di akhir cerita dan Bad telah tewas di tangan Haq.
Cerita ini merupakan pemenang anugerah lakon layar terbaik FFM 2010 dan byk lagi pencalonan untuk pelakon2 bagi anugerah FFM.
Namun indah khabar dari rupa... huhu
Keseluruhan cerita ini agak sukar untuk di beri rating kerana jalan ceritanya yang sangat membosankan. Plot2 yang tidak penting dan tidak perlu terlalu byk sehinggakan menimbulkan kebosanan para penonton. Antara scene yang dirasakan tidak perlu adalah scene Haq memecut kereta melalui ladang2 kelapa sawit pulang kerumah untuk berjumpa bapanye yang sedang nazaq sedangkan dia baru turun dari helikopter dan rasanya lagi cepat sampai kalu dia menaiki helikopter terseut ke rumahnya. Lagi Scene yang dirasakan terlalu byk tumpuan berlebihan adalah scene "panas" antara Bad dan Zarah dari airport hingga ke Banglonya. Cerita ini sangat mengecewakan saya dan percaya penonton lain juga kecewa.. Kebosanan tahap MAX!
Walaubagaimanapun, sedikit improvement pada scene aksi iaitu scene gaduh dan penggunaan effect computer juga harus dipuji walaupun masih agak lemah.
Rating bosan : 8/10.
Rating: 1/5




