Alkisah dlm perjalanan pulang ke kampung halaman di malam hari, sewaktu berhenti di simpang empat dan lampu merah, kereta dipandu ku dilanggar dari belakang oleh sebuah lori 3 tan dengan muatan. Maka berdentum la bunyi geseran tayar dan hentaman ke atas kereta ku. Maka apa yang aku buat secara spontan dan cuba bertindak balas dengan waras..
1. Alihkan kereta ke bahu jalan ( nasib baik la x langgar kete depan yang bru nk gerak sbb lampu dah hijau).
2. Keluar dari kete dan minta lori td berhenti tepi jalan jugak. (Bila di alih lori, baru lah nampak sebijik 4x4 hilux kt blkg lori yang langgr kete aku).
3. Terus capai hp, snap gambar lori dan hilux dan gmbr kete sendiri. (Hilux x blh nak gerak, pemandu org kg situ gak)
4. Pegi slowtalk dgn sume driver kenderaan tanya apa khabar dan apa cerita. (Cuba bertenang dan jgn wujudkan provokasi)
5. Bincang elok2 dengan sume pemandu.
6. Dapatkan no telefon sume pemandu.
7. Telefon la polis balai trafik berdekatan. (Kes aku nasib baik ada polis lalu situ dan berenti. Dia tlg call balai trafik.) Maka datanglah polis trafik da diambil gambar semua kete. Semua ic dan lesen memandu juga diambil)
8. Ke balai polis trafik utk laporan polis.
9. Setel repot, kalo kete blh jln lg blh la teruskan perjalanan.
Maka begitulah, kami buat keputusan patah balik dan tak jadi nk balik kg. Kne setelkan hal kereta dulu. Haih.. Beraya dgn kete manual la jawabnya thn ni.
yeehaaa
Friday, July 10, 2015
Saturday, January 29, 2011
Haq The Movie
Sedikit review tentang cerita malaysia.
Sinopsis: Cerita mengisahkan tentang 2 org pemuda yg memiliki kuasa luar biasa. Seorang bernama Haq dan seorg lagi bernama Bad. Bad merupakan anak angkat kepada keluarga Haq. Bapa Bad meninggal dunia ketika dia masih kanak2 dan akibat irihati kpd kuasa dan kemewahan yang dimiliki Haq, Bad telah melarikan diri ke luar negara. Kerana iri hati bad telah menyalahkan bapa Haq yang membunuh bapanye. Untuk menuntut bela dan mendptkan kuasa akhirnya bad pulang ke kampung halaman. Pertarungan berlaku antara Haq dan Bad di akhir cerita dan Bad telah tewas di tangan Haq.
Cerita ini merupakan pemenang anugerah lakon layar terbaik FFM 2010 dan byk lagi pencalonan untuk pelakon2 bagi anugerah FFM.
Namun indah khabar dari rupa... huhu
Keseluruhan cerita ini agak sukar untuk di beri rating kerana jalan ceritanya yang sangat membosankan. Plot2 yang tidak penting dan tidak perlu terlalu byk sehinggakan menimbulkan kebosanan para penonton. Antara scene yang dirasakan tidak perlu adalah scene Haq memecut kereta melalui ladang2 kelapa sawit pulang kerumah untuk berjumpa bapanye yang sedang nazaq sedangkan dia baru turun dari helikopter dan rasanya lagi cepat sampai kalu dia menaiki helikopter terseut ke rumahnya. Lagi Scene yang dirasakan terlalu byk tumpuan berlebihan adalah scene "panas" antara Bad dan Zarah dari airport hingga ke Banglonya. Cerita ini sangat mengecewakan saya dan percaya penonton lain juga kecewa.. Kebosanan tahap MAX!
Walaubagaimanapun, sedikit improvement pada scene aksi iaitu scene gaduh dan penggunaan effect computer juga harus dipuji walaupun masih agak lemah.
Rating bosan : 8/10.
Rating: 1/5
Thursday, January 27, 2011
BUASIRRR?
BUASIR!!!
Mengalami buasir????
Buasir atau Hemorrhoids ialah keadaan salur darah yang bengkak dan radang pada dubur atau anus.
Buasir berlaku akibat meneran terlalu kuat ketika membuang air besar. Juga boleh disebabkan oleh sembelit yang kronik dan cirit birit. Ibu mengandung dan orang tua juga mungkin akan menghidapi masalah ini.
Antara tanda2 anda mengalami buasir ialah terdapat darah ketika buang air besar. Tanda2 ini adalah kebiasaan.
Terdapat 2 jenis buasir iaitu, buasir dalaman (internal hemorrhoid) dan buasir luaran ( external hemorrhoid).
Penerangan lebih lanjut sila klik disini lagi? Sini!

Saturday, January 15, 2011
Monday, January 3, 2011
Bukit Kutu
HIKING BUKIT KUTU
Tahun ini 2011
ak
u telah menetapkan sasaran aktiviti tahunan ku dengan sebaik mungkin, supaya aku kekal aktif dan tidak dibaham penyakit2 di usia muda terutamanya obesiti/ sentral obesiti aka perut boroi. Hahaha
Pada 1 Januari 2011 (Sabtu) aku dan beberapa kawan ku telah membuat keputusan untuk mendaki Bukit Kutu. Ini bukan kali pertama kami ke bukit kutu, malah ini merupakan percubaan kali ke-2 kami setelah gagal mendaki ke puncak bukit kutu yang sebenar pada hujung minggu yang lepas. Percubaan kami yang pertama gagal kerana keadaan trek pendakian ke bukit kutu yang terlalu byk simpang. Dengan marking2 yang mengkonfiuskan dan laluan 4x4 ditambah lagi laluan org2 asli yang mereka buat sangat menyukarkan kami untuk membuat pilihan. Maka kali ke-2 ini kami telah mendapatkan guide kerana ingin memastikan bukit kutu ditawan. Dengan bayaran RM 100, guide itu telah membantu kami memandu arah ke puncak Bukit Kutu. Guide tersebut merupakan penduduk tempatan Kuala Kubu Bharu, bekerja di Jabatan Bomba dan dikenali sebagai Loe (Melayu hokey..!)
Lebih kurang jam 6 pagi aku bertolak dari kediaman ku dan bergerak mengambil rakan2 ku yang lain. Perjalan ke Kuala Kubu Bharu memakan masa selama 2 jam. Untuk ke sana, kami menggunakan Jalan Ipoh- Rawang. Lebih kurang pukul 8 pagi kami tiba di simpang 3 Kg. Napi dan berhenti di sebuah gerai untuk breakfast di sebelah kiri jalan. Kat sini tea o free. hihi. Selang beberapa minit, lagi anggota kami yang tiba di situ dan breakfast bersama. Perjalanan dari situ ke Pekan Kuala Kubu Bharu tinggal hanya 15-18 km sahaja.
8.30 pagi kami semua beredar dari gerai tersebut dan menuju ke Pekan KKB untuk bertemu dengan guide yang akan membantu kami. Disana masing2 mendapatkan bekalan makanan untuk lunch kat puncak Bukit Kutu.
Kami tiba di entry point bukit kutu pada pukul 9.45 pagi dan bersiap sedia serta mendengar sedikit penerangan dari guide. Kami memulakan pendakian kami pada pukul 10 pagi.
Disini kereta boleh di parking di sebelah kanan jalan berhampiran dengan sungai pertama.
Pada awal trek, terdapat 3 batang sungai yang perlu diseberangi, yang pertama ade jmbatan besi, yang kedua ada jambatan besi yang hmpir roboh dan yang ketiga perlu menyeberangi sungai dengan air paras lutut. Selepas sungai yg ke-3, terdapat simpang yang mengelirukan kami. Dan saya masih ingat di sini lah point yang membawa kami ke puncak bukit lain. Jalan sebenarnye adalah disebelah kiri iaitu perlu seberang satu sungai kecik dan sebelah kanan ats bukit ade satu rumah org asli. Sepanjang perjalanan bermula dari sungai yg ke-3 terdapat 3 lagi small stream yang perlu di lalui. Disini terdapat banyak tanda2 untuk ke puncak. Terdapat juga byk halangan akibat pokok2 yang tumbang mennghalang trek.
(Sungai Ke-3)
"Bungalow Orang Asal" di sebelah kanan selepas Sg. ke-3
Lagi sungai kecik pertama perlu di lalui after Third Big River Crossing
Simpang Y" after 1st small stream
Terdapat lagi small stream utk di lalui
Sungai cantik selepas sungai kecik ke-2
Third and last small stream to cross
Balak tumbang dipotong
Sungai cantik selepas sungai kecik ke-2
Third and last small stream to cross
Balak tumbang dipotong
Selepas 30 minit berjalan selepas sungai ke-3, Guide kami tetiba berhenti dan kami semua terpinga2 kerana guide terdiam seketika. Kemudian Guide mengeluarkan 2 biji mercun bola dan mencucuh serta membaling nya. Terkejut dan terdiam semua. Haha.. Kami teruskan perjalanan menuju ke puncak.
Akar- akar yang menutupi trek ke C5
Door to "Narnia"
Pada pukul 12.30 tgh hari kami tiba di C5. C5 ini sgt unik kerana batu yg begitu besar dan mengagumkan. Bentuk batu itu yang melengkung seperti payung menjadikan tempat tersebut terlindung dari cahaya matahari mahupun hujan. Terdapat gua kecil di celahan batu tersebut. Dari situ perjalanan untuk ke puncak Bukit Kutu tingal hanya 1 jam lagi. Kami meneruskan perjalanan dengan trek yang agak mencanak- canak. Haha..

Lagi Shot di C5
Perjalanan dari C5 ke Puncak Kutu
Akhirnya, pada pukul 2 ptg kami tiba di puncak Bukit Kutu yang ketinggiannye adalah 1100m dan disitu kami perlu mendaki batu2 untuk mendapatkan pemandangan 360 darjah. Sebelum sampai terdapat satu Chimney yang masih berdiri utuh dan terdapat perigi untuk bekalan air kami. Syukur dengan cuaca yang baik, kami dapat melihat pemandangan Empangan Kuala Kubu Bharu, Pekan Kuala Kubu Bharu, dan beberpa puncak lagi termasuk Puncak Genting Highlands dan Gunung Rajah di sebelah timur puncak bukit Kutu. Pemandangan Bukit kutu overall 8/10. Cantik bangat dong!! Haha
Only Chimney left, the mansion was gone
Bukit Kutu aka Gunung Sekutu (1100m)
At The TOP
Setelah bergambar di atas batu kat puncak kami turun untuk ke Banglo tinggalan British yang mengambil masa 10 minit dari situ. Banglo usang itu telah di selaputi pokok2 yg tumbuh meliar dan masih terdapat tangga2 yang utuh untuk di jejaki.
Cebisan Bungalow Tinggal Kenangan
Kami semua beredar dari situ dan kembali ke tempat barang kami di puncak bukit tersebut dan kemaskan barang kami untuk menuruni bukit tersebut. Jam 3 ptg kami bergerak turun dan perjalanan menuruni trek juga mencabar dgn keadaan trek yang licin dan curam. Bagi beginner dinasihatkan untuk memdpatkan tongkat bg mengelakkan tergelincir dan cramp. Kami tiba di entry point pada jam 5.30 ptg. Disitu kami menikmati air sungai dan membersihkan badan.
Akar- akar yang menutupi trek ke C5
Pada pukul 12.30 tgh hari kami tiba di C5. C5 ini sgt unik kerana batu yg begitu besar dan mengagumkan. Bentuk batu itu yang melengkung seperti payung menjadikan tempat tersebut terlindung dari cahaya matahari mahupun hujan. Terdapat gua kecil di celahan batu tersebut. Dari situ perjalanan untuk ke puncak Bukit Kutu tingal hanya 1 jam lagi. Kami meneruskan perjalanan dengan trek yang agak mencanak- canak. Haha..
Tempat rehat sementara C5
Akhirnya, pada pukul 2 ptg kami tiba di puncak Bukit Kutu yang ketinggiannye adalah 1100m dan disitu kami perlu mendaki batu2 untuk mendapatkan pemandangan 360 darjah. Sebelum sampai terdapat satu Chimney yang masih berdiri utuh dan terdapat perigi untuk bekalan air kami. Syukur dengan cuaca yang baik, kami dapat melihat pemandangan Empangan Kuala Kubu Bharu, Pekan Kuala Kubu Bharu, dan beberpa puncak lagi termasuk Puncak Genting Highlands dan Gunung Rajah di sebelah timur puncak bukit Kutu. Pemandangan Bukit kutu overall 8/10. Cantik bangat dong!! Haha
Setelah bergambar di atas batu kat puncak kami turun untuk ke Banglo tinggalan British yang mengambil masa 10 minit dari situ. Banglo usang itu telah di selaputi pokok2 yg tumbuh meliar dan masih terdapat tangga2 yang utuh untuk di jejaki.
Kami semua beredar dari situ dan kembali ke tempat barang kami di puncak bukit tersebut dan kemaskan barang kami untuk menuruni bukit tersebut. Jam 3 ptg kami bergerak turun dan perjalanan menuruni trek juga mencabar dgn keadaan trek yang licin dan curam. Bagi beginner dinasihatkan untuk memdpatkan tongkat bg mengelakkan tergelincir dan cramp. Kami tiba di entry point pada jam 5.30 ptg. Disitu kami menikmati air sungai dan membersihkan badan.
Keseluruhan,
Tahap Kesukaran: 6/10 (not suitable for beginner and first timer in hiking activity)
View: 8/10 (be careful of strong wind at the top do not stand on the rock)
Last water source: At the Top ( ada perigi tadahan air hujan) Suitable for camping and overnight at the top.
Wednesday, December 29, 2010
MENARA PISA

Menara Condong Teluk Intan
Menara ini dibina pada tahun 1885 dan menara ini merupakan menara jam dan terdapat tangki air di bahagian atasnya. Ianya dibina untuk membekalkan air apabila berlaku kecemasan seperti kebakaran dan membekalkan air kepada penduduk apabila sumber air berkurangan.
Kontraktor Menara Condong (Ah Chong) ini mendapat ilham dari senibina pagoda di China. Akibat keadaan tanah yang lembut dan akibat berat air yang tinggi telah menyebabkan menara ini menjadi condong. Pada tahun 1889 dan 1895 keseluruhan menara ini telah ditenggelami banjir besar. Kini menara ini dikelai sebagai Menara Condong Teluk Intan.
Tuesday, August 31, 2010
Kata2 Semangat..
1. Kenapa aku tak dapat apa yaang aku idamkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" - A- Baqarah: 216
Jika Allah memakbulkan doa mu itu, itu tanda Allah syg kepadamu, jika Allah lmbt memkbulkan doa mu, itu tanda Allah mengujimu, jika Allah tidak memakbulkan doa mu, itu tanda Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu!"
2. Kita sering mahukan hari yan CERAH, tetapi Allah telah mengetahui HUJAN perlu diturunkan. Kita ingin KESERONOKAN tetapi KESUSAHAN itu yang mengajar KEHIDUPAN. Kita Inginkan KETENANGAN, hakikatnye diri ini penuh DOSA tapi manusia tak dapat lari daripada KESILAPAN. Semua itu bukan HUKUMAN tp tanda kasih syg ALLAH agar kita lebih BERIMAN. Semoga kita kuat berusaha untuk memajukan diri.
3. Renungan: Org BODOH adalah org yang di patuk ular yg sama pd lubang yg sama sbyk 2 kali.
Jika kita melakukan kesilapan bg kali pertama itu adalah lumrah kerana manusia mmg tak sempurna, ttp jika kita melakukan yg sama bg kali ke 2 maka kita adalah manusia yg rugi kerana x belajar drpd kesilapan yang lalu.
4. A guy who loved soda went into soda business, with a product he called 3UP. It failed, so he started again with soda called 4UP, It failed too. He decided to name his product 5UP and work just as hard to make it work, but sure enough it failed again. He realised that he still loved soda, so he tried again with a product named 6UP. It Failed n he gave up completely. Then a few years later someone else came up with a soda product named it 7UP, which became huge success. SO NEVER GIVE UP!
5. "I have missed more than 9000 shots in my career. I have lost almost 300 games. 26 times in games i have failed to make a winning shot. But, that's why i'm a winner." (MIcheal Jordan)
6. Dalam setiap kejayaan pasti ada kepahitan. Ada yg anggapnye racun, ada yang anggapnye ujian. Penawarnye hanyalah kesabaran dan usaha yang berterusan.
7. "Dreams can be realized if you work hard" - Warren G. Jackson

Subscribe to:
Comments (Atom)