Alkisah dlm perjalanan pulang ke kampung halaman di malam hari, sewaktu berhenti di simpang empat dan lampu merah, kereta dipandu ku dilanggar dari belakang oleh sebuah lori 3 tan dengan muatan. Maka berdentum la bunyi geseran tayar dan hentaman ke atas kereta ku. Maka apa yang aku buat secara spontan dan cuba bertindak balas dengan waras..
1. Alihkan kereta ke bahu jalan ( nasib baik la x langgar kete depan yang bru nk gerak sbb lampu dah hijau).
2. Keluar dari kete dan minta lori td berhenti tepi jalan jugak. (Bila di alih lori, baru lah nampak sebijik 4x4 hilux kt blkg lori yang langgr kete aku).
3. Terus capai hp, snap gambar lori dan hilux dan gmbr kete sendiri. (Hilux x blh nak gerak, pemandu org kg situ gak)
4. Pegi slowtalk dgn sume driver kenderaan tanya apa khabar dan apa cerita. (Cuba bertenang dan jgn wujudkan provokasi)
5. Bincang elok2 dengan sume pemandu.
6. Dapatkan no telefon sume pemandu.
7. Telefon la polis balai trafik berdekatan. (Kes aku nasib baik ada polis lalu situ dan berenti. Dia tlg call balai trafik.) Maka datanglah polis trafik da diambil gambar semua kete. Semua ic dan lesen memandu juga diambil)
8. Ke balai polis trafik utk laporan polis.
9. Setel repot, kalo kete blh jln lg blh la teruskan perjalanan.
Maka begitulah, kami buat keputusan patah balik dan tak jadi nk balik kg. Kne setelkan hal kereta dulu. Haih.. Beraya dgn kete manual la jawabnya thn ni.


